【11 月限定】新手開店限時優惠最高享 5 折,再贈 6 大好禮,助你輕鬆迎戰年終電商旺季! 限時領取

Facebook Malaysia Membantu dalam Memperkembangkan Pedagang-pedagang EasyStore

By Yavini Lucille · 11th March, 2020

Facebook Malaysia Membantu dalam Memperkembangkan Pedagang-pedagang EasyStore | EasyStore

Facebook telah meraikan pejabat baharunya yang diperluaskan di Malaysia pada Mei 2019 dan SMEs Malaysia terdiri daripada hampir 99% daripada penubuhan perniagaan di Malaysia yang menunjukkan transformasi luar biasa dalam industri apabila dibandingkan dengan sepuluh tahun dahulu.

Memandangkan EasyStore dan Facebook berkongsi pandangan yang sama, kami telah bekerjasama untuk memajukan perniagaan para pedagang kami dengan mempertingkatkan kebolehan-kebolehan digital mereka.

Bengkel Pemasaran Facebook

Pasukan Facebook Asia Pacific Activities Conference (APAC) mendemonstrasikan amalan-amalan terbaik mereka untuk menjalankan iklan-iklan di Facebook untuk perniagaan.

Di acara tersebut, pasukan Facebook berkongsi pandangan mereka yang trend Mobile-First telah menjadi suatu pendekatan yang penting untuk menguatkan perniagaan para pedagang kami pada masa kini. 

Selain itu, kami telah memperkenalkan 7 trend eDagang yang anda patut tahu

Malaysia menawarkan suatu peluang unik bagi perniagaan sejak sehingga 60% pengguna internet meluangkan masa di platform mudah alih. Ia telah membawa harapan kepada para pedagang untuk mentransformasikan bidang pemasaran mereka pada peringkat tempatan dan seluruh dunia melalui taktik digital.

Facebook juga berkongsi strategi kreatif mereka, khas untuk pengguna mudah alih. Mereka memperlihatkan bagaimana suatu video iklan yang menarik boleh mempromosikan suatu jenama dalam jangka masa yang pendek.

Statistik menunjukkan bahawa pelbagai jenis gerakan video mempamerkan beberapa tahap bagi kesan dalam menyampaikan pesanan dalam sesebuah iklan.

Seperti yang pepatah yang berbunyi, “jika anda tidak berkembang, anda semakin parah.”Pepatah tersebut juga berkait dengan kami, termasuklah perniagaan yang lain. Facebook percaya yang industri e-dagang Malaysia bersedia untuk perkembangan kukuh dalam lima tahun ke hadapan.  

Walaupun begitu, memandangkan musim cuti semakin hampir, para pedagang dinasihatkan untuk mengambil kelebihan yang bermakna ini untuk memajukan perniagaan mereka bagi perkembangan maksimum.

Lagi dan lagi statistik membuktikan yang musim cuti akan menjadi suatu peluang yang berharga bagi para pedagang. Semestinya, kami tidak akan memberi anda setiap perincian tentang acara ini, ini merupakan peluang anda untuk hadir dan tahu dengan lebih banyak lagi!

Integrasi Facebook dalam EasyStore 

Untuk EasyStore memperkasakan perniagaan, kami memberikan akses para pengguna kami ke Facebook Marketing Centre di panel admin mereka (Facebook Marketing), yang boleh menghubungkan ke halaman perniagaan mereka dalam beberapa klik sahaja. Perkongsian ini telah memberikan akses kepada EasyStore untuk melaksanakan lebih lagi ciri-ciri Facebook.

Dengan integrasi Facebook, EasyStore akan melancarkan bot Facebook Messenger yang diminta orang ramai, termasuklah Instagram Product Tagging untuk para pedagang kami dalam masa yang singkat.

Acara Facebook yang Akan Datang

Di Malaysia, 23 juta pengguna mengakses Facebook setiap bulan, dengan 99% daripada mereka mengakses platform ini melalui telefon mudah alih. Dengan perkongsian ini, kandungan-kandungan elit yang membuka banyak kemungkinan untuk para pedagan EasyStore untuk mengembangkan pasaran tempatan dalam talian mereka secara berperingkat. Jika anda berminat, anda boleh daftar untuk acara pemasaran Facebook yang akan datang