【11 月限定】新手開店限時優惠最高享 5 折,再贈 6 大好禮,助你輕鬆迎戰年終電商旺季! 限時領取

Bagaimana Pereka Mencari Jalan Keluar Dengan Hobi Yang Tidak Disangka

By Yavini Lucille · 27th April, 2021

Bagaimana Pereka Mencari Jalan Keluar Dengan Hobi Yang Tidak Disangka | EasyStore

Kita belum bersedia untuk apa yang bakal berlaku seterusnya dalam keadaan pandemik. Walaupun bergitu, pandemik boleh menjadi pendorong bagi populasi usahawan berpotensi yang tidak aktif.

Segalanya dalam membuat rekaan dalaman adalah dengan mengalaminya secara peribadi. Ketika Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pada 18 Mac, pereka dalaman berpengalaman 15 tahun, Kenson dan Frankie perlu memikirkan semula cara untuk melibatkan diri ke dalam industri yang sama sekali baharu - Ecommerce.

Mari lihat cara mereka mengubah perniagaan dengan COVID-19 untuk menghadapi perubahan.

Hobi Yang Tidak Disangka Menolong Mereka Mengharungi Waktu Sukar

Norma baharu penjarakan sosial dan bekerja dari rumah telah mengubah perniagaan bersemuka seperti peruncitan, restoran dan perkhidmatan menjadi kelam kabut.

Berikutan pengumuman MCO, dalam seminggu, 70% perusahaan kecil dan sederhana SMEs Malaysia dilaporkan mencatatkan kemerosotan perniagaan sebanyak 50%

Perkara yang sama juga berlaku kepada Kenson dan Frankie. Gangguan mendadak yang menjejaskan jadual, rancangan, atau harga membuatkan projek-projek mereka terpaksa ditangguhkan.

Pada masa sama, perkara ini juga membuka satu peluang atau dunia untuk mereka memenuhi keperluan dan permintaan yang baharu.

"Wabak ini telah memaksa kami memikirkan cara untuk bertahan dan menjangkau pelanggan. Di kalangan kita, sebilangan kecil dari mereka adalah tukang roti veteran & mempunyai kesungguhan untuk membuat roti." Sepantas kilat, idea untuk meneroka produk-produk roti buatan rumah terlintas di fikiran mereka.

Tunjang Perniagaan Kami?Tentunya Dengan Mempunyai Ecommerce

"Ya, kami benar-benar menitik-beratkan pandangan pelanggan terhadap imej jenama kami. Media sosial memainkan peranan penting sebagai saluran untuk memperkenalkan kami kepada pelbagai penonton terutama Facebook dan Instagram," kata Frankie.

Bukan hanya untuk pemasaran, tetapi ia juga merupakan platform untuk membentuk satu kesatuan yang dapat menggariskan konsep jenama melalui gambar dan perkataan.

Selain itu, produk atau jenama mendapat trafik laman web percuma dari interaksi platform dengan pelanggan dan membina hubungan kukuh dengan mereka. Semuanya dilakukan tanpa perlu keluar rumah.

Anda tentunya tertanya-tanya: Bukankah mereka harus melipat-gandakan usaha dengan peningkatan jumlah saluran tambahan yang mereka jual? Jawapannya adalah TIDAK.

"Kami mendapati sangat mudah menguasai EasyStore, kami tidak perlu melakukan kerja tambahan setelah kami menghubungkannya dengan kedai online, Facebook, WhatsApp dan Instagram. Pelanggan, produk, dan inventori kami mudah dihubungkan ke Easystore hanya dengan satu klik! " ujar Kenson.

Bagaimana untuk Menceburi Perniagaan Baharu Dalam Sebulan? Penjualan di Pelbagai Saluran Suatu Keperluan

Akibat halangan, projek mereka sebagai pereka dalaman semakin sedikit, tetapi Kenson dan Frankie telah mula menjual produk mereka secara fizikal sebagai Ding Ding Go melalui peruncit.

"Kami telah belajar sejak awal sebagai pemilik Ecommerce. Sebagai jenama yang baharu, kami mungkin perlu mengambil kira peratusan hasil setelah barang dijual. Kami perhatikan bahawa memberi kesedaran jenama di kalangan pelanggan adalah keutamaan utama bagi kami. Itulah yang kami perlukan sekarang." jelas Kenson.

Dan sekarang, anda boleh mencari biskut-biskut mereka yang comel di: 

- Hummingbird Cafe (Ampang) 

- 2Go Coffee Cafe (Mutiara Damansara) 

- Kafe Masakan Korea B.Station

3 Ciri EasyStore Yang Wajib Ada Untuk Membuat Bisnes Online

Pertama sekali, saluran jualan yang disediakan di EasyStore adalah salah satu alat yang paling banyak digunakan untuk perniagaan mereka. Senarai komprehensif pelbagai platform yang membantu mereka membuka jalan bagi pelanggan yang relevan untuk mengunjungi kedai dengan mudah & cekap.

Selain itu, rakan logistik kami - EasyParcel telah mempermudah hidup mereka dalam mempercepat pemenuhan pesanan. Senarai syarikat penghantaran yang luas disediakan untuk memilih yang memberikan kesan yang baik dalam pengalaman pembelian.

Ciri lain yang perlu diberitahu ialah alat promosi!  Dengan pelbagai jenis tetapan diskaun, mereka dapat mencari promosi yang sesuai untuk memenuhi keperluan mereka di musim yang berbeza.

Diskaun Ekslusif 20% daripada Ding Ding Go X EasyStore

Ya, anda layak untuk menikmati potongan istimewa 20% untuk Hamper & Hadiah Hari Raya yang baru dilancarkan di website mereka dengan kod: DDGXES_HARIRAYA.  

Catatan: Lawati mereka sekarang untuk menikmati diskaun keahlian-Hadiah & Hamper Hari Raya ekslusif

Di Ding Ding Go, jenama berasal daripada bunyi echo yang mempersona (ding! ding!) diilhamkan oleh memori kita sewaktu kanak-kanak ‘orang roti'. Ia mengingatkan kembali kenangan detik mengembirakan dengan beg yang dipenuhi snek kegemaran yang menjadi kegilaan kanak-kanak ketika itu. 

Mungkin ada diantara kita yang menganggap pandemik ini sebagai krisis, tetapi mereka melihatnya sebagai peluang untuk menambah keuntungan yang akan mereka jana secara berterusan selepas pandemik dan perlunya mencari lebih banyak saluran untuk menjual.

Jom kita sokong perniagaan tempatan sekarang!

Laman web: www.dingding-go.com 

Facebook: www.facebook.com/DingDingGo.my 

Instagram: www.instagram.com/dingding_my/ 

Mahu menjadi salah seorang bintang usahawan seperti mereka? Daftar sekarang!