Apakah Yang Anda Perlu Tahui Tentang senangPay
By Karyan Lee · 27th December, 2017
senangPay adalah gerbang pembayaran atas talian (Online Payment Gateway) yang ‘senangkan’ urusan jual beli dan proses pembayaran di antara peniaga dan pelanggan! Dengan senangPay, anda boleh berkongsi pembayaran anda melalui Facebook, Whatsapp, e-mel, blog dan juga membuat integrasi di kedai atas talian anda!
Untuk makluman anda, senangPay menerima bayaran bagi pembelian atas talian, melalui kad kredit / kad debit (tempatan atau antarabangsa) dan Internet Banking (FPX). Untuk peniaga yang mempunyai pelanggan dari luar negara, senangPay menawarkan matawang asing bagi memudahkan urusan jual beli antarabangsa.
Harga pakej & kos
Saya percaya ini adalah apa yang paling merisaukan anda.
Berapakah caj langganan senangPay? Berapakah caj transaksi yang dikenakan? Adakah terdapat caj bayaran balik atau caj tambahan yang lain? Jangan risau, saya akan menjawab persoalan anda di sini.
senangPay mempunyai 2 pakej: Pakej Basic & Pakej Advance.
Pakej
Harga
Basic
RM 200 setahun
Advance
RM 450 setahun
Caj transaksi untuk kedua-dua pelan yang dikenakan adalah 1.5% (atau caj min sebanyak RM1, yang mana lebih tinggi) untuk FPX dan 2.5% untuk Visa / Mastercard.
senangPay tidak mengenakan caj pendaftaran atau caj permohonan, anda hanya perlu membayar jumlah pakej yang anda daftar untuk setiap tahun! Maklumat lanjut di sini.
Apakah dokumen yang perlu saya hantar untuk pendaftaran?
Sekiranya anda adalah entiti perniagaan, anda harus menghantar salinan lesen pendaftaran perniagaan bersama salinan penyata akaun bank. Manakala individu tanpa lesen perniagaan, tidak boleh memohon dan menggunakan senangPay.
Untuk informasi yang lebih jelas, anda boleh rujuk sini.
Selain itu, anda tidak perlu menghantar dokumen secara fizikal kepada senangPay, apa yang anda perlu lakukan adalah hanya memuat naik dokumen yang diperlukan melalui DASHBOARD sahaja! Senang betul!
Berapa lama masa yang diperlukan untuk meluluskan permohonan anda?
Kelulusan dokumen akan mengambil masa 1-14 hari bekerja.
Adakah selamat untuk menggunakan senangPay untuk pembayaran?
Ya. senangPay menggunakan SSL (Secure Socket Layer) untuk setiap transaksi. Selain itu, mereka tidak menyimpan data sensitif seperti maklumat kad kredit / debit. Setiap urus niaga akan memerlukan kod angka 6 digit 3D yang akan dihantar ke telefon bimbit untuk pengesahan. Mereka juga mempunyai pasukan "Pengesanan Fraud" dalaman untuk mengelakkan kes penipuan!
Mulakan pembayaran senang anda sekarang, katakan selamat tinggal dengan proses perbankan manual. Guna senangPay :). Lebih senang dan selamat!Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai senangPay, anda boleh melayari laman web mereka di sini!
บทความล่าสุด
-
Hantar Mesej Pukal kepada Pelanggan dengan Pusat Penyiaran (Broadcast Center)
By Max · 27th Nov, 2022
-
Maklumat Terkini Produk EasyStore: Oktober - Disember 2020
By Max · 26th Nov, 2022
-
Tahun 2022, WooCommerce berbanding EasyStore – Yang mana lebih bagus untuk perniagaan anda?
By Vincent Leong · 11th Feb, 2022
-
Mulakan Perniagaaan Atas Talian Bersertakan Penyelesaian eDagang Semua-Dalam-Satu Dengan Diskaun RM845!!
By Yavini Lucille · 4th Jan, 2022
-
5 Kunci Kejayaan Pendigitalan Perniagaan Kecil
By Yavini Lucille · 3rd Jan, 2022
-
Dapatkan Lebih Dengan Discovery Ads
By Bintang Ahman Taufiq · 24th Nov, 2021