EasyStore 品牌月 11/20-12/20 年度獨家優惠方案 售完止 【限量剩不到 50 組】最高優惠20萬 限量領取

5 Kunci Kejayaan Pendigitalan Perniagaan Kecil

By Yavini Lucille · 4th January, 2022

5 Kunci Kejayaan Pendigitalan Perniagaan Kecil | EasyStore

Pandemik yang melanda negara baru-baru ini telah meyebabkan kebergantungan ekonomi Malaysia kepada perusahan kecil dan sederhana. Keadaan ini telah membuka ruang kepada peniaga-peniaga kecil untuk bergerak ke arah pendigitalan. Hal ini telah megwujudkan jurang yang besar dikalangan peniaga-peniaga kecil yang semakin ketara dari masa ke semasa atas penerimaan pendigitalan untuk tujuan kelangsungan perniagaan. 

Realitinya, pendigitalan perniagaan adalah perlu  dan sangat penting.  Namun, ramai yang tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman, apatah lagi modal permulaan  untuk melakukannya. 

Pada hakikatnya, peniaga kecil perlu mengharungi transformasi digital untuk kekal relevan, cekap dan berdaya saing berbanding dengan gergasi dalam industri. 

Disamping kerumitan, kos dan ciri-ciri pendigitalan yang kadangkala menyukarkan sesuatu perniagaan, namun masih ada cara memaksimumkan landskap digital bagi melancarkan perniagaan supaya dapat berkembang pesat. 

 

Apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan atas talian adalah:

1. Reka bahan pemasaran perniagaan anda

Apa yang dimaksudkan dengan bahan pemasaran? Bahan pemasaran adalah sebarang jenis informasi mengenai perniagaan yang dikira perlu untuk disampaikan kepada pelanggan. Ini merangkumi poster, logo, grafik media sosial, grafik blog, video, surat berita dan banyak lagi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Mengapa saya memerlukan bahan pemasaran?" Sudah tentu bukan sahaja bertujuan mempromosikan perniagaan anda, akan tetapi ia juga membantu orang mengenali dan mengingati perniagaan anda apabila mereka melihat sesuatu warna atau reka bentuk. Dalam erti kata lain, hal ini membantu anda menjangkau khalayak yang disasarkan dengan lebih meluas berbanding dengan bentuk pengiklanan lain.

Berikut adalah beberapa alat reka bentuk yang boleh anda gunakan hari ini:

a. Canva

Canva adalah platform reka bentuk grafik percuma yang membolehkan anda mengedit foto tanpa memerlukan sebarang pengalaman atau pengetahuan yang luas tentang penyuntingan foto. Ia membolehkan anda mencipta visual merentas laman sesawang dan cagaran pemasaran.

b. Snapseed

Snapseed merupakan aplikasi penyuntingan foto percuma yang disertakan dengan pelbagai penapis pratetap. Ia sedia pada ada iOS dan Android yang membolehkan anda mengedit foto pada peranti mudah alih dengan mudah.

Berikut adalah imej tangkapan sebelum dan selepas (kiri) dan pengeditan selanjutnya dalam Snapseed.

Sumber: Huffpost, Instagrammers Makanan, Berkongsi Cara Merakam dan Mengedit Foto Bernilai Drool

c. InShot

Kita semua tahu bahawa penyuntingan video memakan masa yang agak lama dan memenatkan. Hal ini membantut penciptaan kandungan video bagi kebanyakan perniagaan. InShot adalah aplikasi penyuntingan video yang dibangunkan dengan tujuan membantu membolehkan pengguna kali pertama memangkas rakaman dengan mudah, menukar kelajuan rakaman dan menggunakan penapis yang pelbagai dalam penyuntingan video.

Sumber: Best for Android

 

2. Mengenalpasti pelanggan yang disasar dengan tepat. 

Setelah anda mengambil keputusan untuk memulakan sesuatu perniagaan dan mempunyai idea yang sesuai, adalah penting untuk mengesahkan idea tersebut. Pengesahan idea boleh dilaksanakan dengan cara yang paling mudah iaitu dengan mendapatkan maklumbalas orang ramai mengenai idea anda. Maklumbalas boleh berasaskan keperluan dan minat orang ramai terhadap idea tersebut. Disamping itu anda juga mempunyai peluang untuk ‘menyelam sambil minum air’, secara tidak langsung mengenalpasti kehendak pasaran terkini. Akan tetapi terdapat beberapa kaedah tambahan seperti berikut yang anda boleh gunapakai untuk tujuan yang sama.

 

a) Meneliti ulasan pelanggan

Meneliti ulasan pesaing merupakan antara cara yang tersedia dan mudah yang boleh anda lakukan untuk mengetahui minat semasa pelanggan. Ia juga dapat memberi gambaran tentang saiz pasaran dan juga beberapa taktik untuk menjual produk/perkhidmatan.

b) Meninjau pelanggan yang berpotensi

Anda juga boleh berbual dengan pelanggan untuk mengetahui keperluan mereka. Walaupun anda tidak boleh berinteraksi dengan mereka secara bersemuka, anda boleh melakukan tinjauan atas talian. Contohnya, melakukan tinjauan di Instagram atau berkongsi blog, satu-satunya cara yang berkesan untuk mengetahui keperluan pasaran.

c) Gunakan Google Trend

Anda boleh melihat sama ada arah aliran yang berkaitan dengan produk/perkhidmatan anda sedang meningkat atau menurun menerusi rangkaian Google Trend. Dengan cara ini, anda juga boleh melihat sama ada volum carian mencanak naik  atau merudum pada suatu masa.

 

3. Berhubung dengan pelanggan

Kini, kempen pemasaran atas talian berfungsi sebagai alat pemasaran yang paling efektif untuk membantu anda menjangkau khalayak sasaran anda.  Melalui media sosial, perniagaan boleh menjangkau pangkalan pelanggan yang lebih luas daripada melalui teknik pengiklanan tradisional atau menerusi operasi bata dan mortar.

Dengan memanfaatkan platform media sosial yang popular seperti Facebook dan Instagram, bahkan dengan menyunting video untuk YouTube dan TikTok, peniaga-peniaga dapat menjangkau khalayak yang lebih besar bagi sesuatu perniagaan, dengan lebih pantas, berkesan dan cekap, serta memperoleh pendedahan yang lebih meluas.

 

4. Jadikan perniagaan anda mesra mudah alih

Mengoptimumkan stor anda untuk mudah alih pada tahun 2022 bukanlah satu pilihan — malah ia adalah satu kemestian jika anda ingin mengaut keuntungan atas talian. Trend masa kini memperlihatkan bagaimana semua orang terpaut pada telefon pintar mereka. Hampir separuh daripada trafik Internet seluruh dunia digondol oleh peranti mudah alih.

Tambahan pula, algoritma Google menekankan fakta bahawa laman sesawang yang boleh diakses bersama menerusi komputer atas meja, peranti mudah alih dan tablet kecil diindek lebih tinggi oleh enjin carian.

Selain itu, e-dompet dan sistem pembayaran tanpa sentuh lain memberikan kemudahan yang hebat untuk pelanggan yang memilih untuk tidak membawa wang tunai bersama mereka dan mengurangkan masa transaksi sambil mengekalkan keselamatan.

5. Bina perniagaan anda

Dalam dunia hari ini, membina perniagaan  bermakna membangunkan kehadiran atas talian yang kukuh dan konsisten melalui laman  sesawang dan media sosial.  Laman sesawang  akan meningkatkan kepercayaan pelanggan yang berpotensi terhadap perniagaan anda dan membantu membina jenama anda. Ini memudahkan proses pembelian daripada anda serta membuka ruang untuk membina pangkalan pelanggan untuk perniagaan anda. Anda juga boleh meminta alamat e-mel pelanggan untuk mempromosikan perniagaan anda terus kepada mereka.

Kini anda boleh menyediakan laman sesawang dengan mudah sekali. Dengan menggunakan EasyStore, anda boleh membina laman sesawang e-dagang tanpa kemahiran pengekodan atau reka bentuk. Anda boleh memiliki laman sesawang/stor atas talian anda sendiri yang dilengkapi dengan kaedah pembayaran dan penghantaran di EasyStore.

Chinese New Year Digital Kickstart Bundle

Bukan itu sahaja. Untuk memudahkan urusan, EasyStore menjemput anda untuk sama-sama menyertai #BetulBetulOng sekali gus membina perniagaan atas talian sempena Chinese New Year Digital Kickstart Bundle.

Pakej yang ditawarkan adalah disusun khas merangkumi platform e-dagang, lengkap dengan gabungan alatan yang anda perlukan, platform pembayaran dan penghantaran. Ia mengandungi: 

1. Pelan Tahunan EasyStore Lite (bernilai RM708)

  • 2 saluran jualan

  • 2 akaun pengguna

  • 5 aplikasi integrase 

  • 1 lokasi kumpul sendiri

  • 1 nama domain percuma (.com)

  • Bagi jualan sehingga 1,000 produk:

  • Promosi hadiah percuma

  • Hadiah kejutan: Paparan jenama anda di laman sesawang, Facebook, Twitter, YouTube dan surat berita kami secara percuma

     *Terhad kepada 5 pendaftaran pertama

 

2. Pakej Lanjutan senangPay (bernilai RM450) 

  • Kad Kredit & Debit Antarabangsa Tempatan

  • Kad Kredit & Kad Debit UnionPay

  • Perbankan atas talian

  • pembayaran e-Dompet (Boost, GrabPay, TouchNGo)

  • Bayaran berulang

 *Butiran SSM diperlukan ketika memohon di senangPay. 

3. Percuma Kredit EasyParcel bernilai RM125

- Kredit percuma bernilai RM100

- Kredit percuma tambahan RM25 akan diberikan sebaik sahaja anda berjaya memenuhi dan menghantar pesanan integrasi pertama anda.

 

4. Percuma 50 Penghantaran Pgeon (bernilai RM450)

 -Penghantaran bungkusan sehingga 5kg dalam Semenanjung Malaysia 

-Hanya untuk perkhidmatan Pgeon Delivery dan Pgeon Prime

Tiada penyelesaian semua-dalam-satu yang lebih baik untuk memulakan perniagaan atas talian anda hari ini. Dengan hanya RM888 anda berpeluang memiliki pakej yang bernilai lebih daripada RM 1500. 

Rebut Chinese New Year Digital Kickstart Bundle yang #BetulBetulOng anda sebelum 6 Februari 2022!

Dapatkan package sekarang!

Meet Taipei | EasyStore