Fakta Menarik Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Aplikasi Mudah Alih EasyStore
By Max · 10th September, 2020
Nota: Ini hanya boleh diguna oleh pengguna Standard and Business plan.
Bagi sebahagian daripada kita, saya yakin perkara pertama yang akan kita lakukan selepas bangun adalah menyemak emel, mesej, atau membuka aplikasi sosial dalam telefon bimbit kita. Kita sebenarnya membawa telefon bimbit ke mana sahaja kita pergi.
Kalau tidak, kita tak akan panggilnya sebagai telefon pintar tanpa sebab. Kemampuannya untuk menjalankan pelbagai aplikasi bagi tujuan berbeza menjadikannya peranti dalam tangan anda itu sangat ‘pintar’.
Oleh sebab itu, banyak perniagaan mengambil peluang ini untuk menyediakan aplikasi mudah alih tulen kepada pelanggan mereka dalam melancarkan dan memudahkan proses interaksi antara pelanggan dan perniagaan.
EasyStore ingin pelanggannya menikmati kemudahan dan kuasa yang sama! Bayangkan satu aplikasi yang memberikan anda kuasa untuk menerima pesanan, menguruskan pesanan, dan berinteraksi dengan pelanggan anda serta-merta.
Dalam pos blog ini, benarkan kami untuk berkongsi dengan anda kelebihan menarik Aplikasi Mudah Alih EasyStore baru kami. Satu aplikasi mudah alih pintar yang meningkatkan aktiviti dan produktiviti perniagaan anda dengan membantu operasi perniagaan harian anda dengan mudah.
*Berita terkini: Huawei pengguna yang tidak mempunyai Google Play sekarang boleh memasang app ini di Huawei's App Gallery.
1. Akses Serta-Merta
Itu sahaja yang diperlukan untuk gunakan aplikasi mudah alih tersebut!
Aplikasi Mudah Alih EasyStore bersambung ke akaun EasyStore anda secara langsung. Sekarang anda boleh akses semua pesanan dan produk anda, dan uruskannya sekaligus. Tambahan pula, anda boleh daftar atau log masuk dengan pantas melalui akaun Facebook atau Gmail yang anda telah sambungkan, dan gunakannya serta-merta.
2. Pemberitahuan Serta-Merta
Ia memang tak dapat dinafikan bahawa ianya salah satu fungsi paling penting! Apabila seorang pelanggan membuat pesanan dalam kedai anda, anda akan terima pemberitahuan melalui aplikasi anda dengan segera.
Pemberitahun tersebut mengandungi maklumat seperti nombor pesanan, jumlah keseluruhan, dan produk yang dibeli oleh pelanggan anda. Dengan aplikasi mudah alih EasyStore, anda tidak lagi akan ketinggalan dalam pesanan daripada pelanggan bernilai anda!
3. *Kemas Kini* Pengurusan Pesanan
Hanya melihat pemberitahuan tidak cukup. Anda juga boleh uruskan pesanan anda dengan mengakses aplikasi dan menguruskan pesanan.
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan dengan pengurusan tersebut. Pertamanya, anda boleh tanda pesanan tersebut sebagai berbayar jika pelanggan anda telah buat pembayaran. Selepas itu, anda boleh hantarkan resit kepada pelanggan anda sebagai bukti bayaran diterima.
Selain itu, anda boleh tambah atau sunting maklumat asas pelanggan dalam pesanan itu sendiri bagi pengurusan yang lebih berkesan.
4. Point of Sales
Aplikasi mudah alih ini menjadi satu sistem POS (titik jualan) asas yang membenarkan anda untuk membuat tempahan bagi pihak pelanggan anda. Ia membolehkan anda untuk memilih produk daripada kedai anda dan masukkannya ke dalam troli untuk pelanggan anda.
Anda juga boleh cari produk tersebut mengikut koleksi mereka, dimana menyediakan kaedah yang lebih mudah untuk anda mencari produk yang anda ingin tempah. Selain itu, proses untuk caj pelanggan anda membolehkan anda untuk memasukkan diskaun dalam laman web kepada pelanggan anda untuk meningkatkan keputusan membeli pelanggan anda.
POS yang telah dinaik taraf ini membolehkan anda memilih kaedah pembayaran seperti Paypal dan eGHL sebagai bentuk penerimaan bayaran daripada pelanggan anda, dimana menyegerakkan fungsi pembayaran waktu sebenar kepada pesanan anda.
Kesimpulannya
Aplikasi mudah alih ini bertujuan untuk menyediakan anda kemudahan dan kuasa untuk menguruskan pesanan anda dan keseluruhan perniagaan EasyStore dalam talian anda dengan lebih berkesan. Ia baru fasa pertama aplikasi mudah alih EasyStore. Kami mempunyai matlamat untuk menambah lebih banyak ciri pada masa hadapan bagi membantu jalankan operasi perniagaan anda dengan lebih pantas dan berkesan.
Lagipun, ini adalah cara EasyStore mengucapkan terima kasih kepada pelanggannya yang bernilai!
Muat turunlah sekarang!
Play Store: https://bit.ly/3dxG1mz |
App Store: https://apple.co/2yKwOZa |
Huawei's App Gallery: https://appgallery1.huawei.com/#/app/C102551135 |
Artikel terkini
-
Hantar Mesej Pukal kepada Pelanggan dengan Pusat Penyiaran (Broadcast Center)
By Max · 28th Nov, 2022
-
Maklumat Terkini Produk EasyStore: Oktober - Disember 2020
By Max · 27th Nov, 2022
-
Tahun 2022, WooCommerce berbanding EasyStore – Yang mana lebih bagus untuk perniagaan anda?
By Vincent Leong · 12th Feb, 2022
-
Mulakan Perniagaaan Atas Talian Bersertakan Penyelesaian eDagang Semua-Dalam-Satu Dengan Diskaun RM845!!
By Yavini Lucille · 5th Jan, 2022
-
5 Kunci Kejayaan Pendigitalan Perniagaan Kecil
By Yavini Lucille · 4th Jan, 2022
-
Dapatkan Lebih Dengan Discovery Ads
By Bintang Ahman Taufiq · 25th Nov, 2021