Mereka Merapatkan Jurang di Era Digital
By Yavini Lucille · 9th August, 2020
Ia bukanlah sebuah rahsia lagi bahawa industri kosmetik adalah sebuah industri yang kompetitif. Namun, ia tidak pernah menghalang Adlina dari Velvet Vanity untuk terjun ke kancah yang penuh onak duri ini untuk melebarkan sayapnya dan merialisasikan impian beliau menjadi kenyataan.
Bermula tanpa sebarang populariti seperti selebriti terkenal Kylie Jenner, bagi Velvet Vanity, salah satu petua untuk bertahan adalah dengan melibatkan diri secara aktif di media sosial. Mendekati generasi muda yang kebanyakannya mengambil berat tentang penampilan luaran mereka di usia ini. (Ya, sudah tentu bukan kesemua generasi mereka.)
Seiring dengan waktu, industri berkembang secara dramatik di samping perubahan yang berlaku pada tingkah laku pengguna. Sebagai pemilik perniagaan kosmetik, adakah anda tahu apa yang mereka fikirkan dan bagaimana anda dapat memenuhi keperluan mereka?
Bercerita Mengenai Kami? Ya, Kami Inginkannya Lagi
Minyak Bibir Glossy Glo Lip Oil, Super Slim Stick di dalam Madu Muhney, dan Liquid Matte Lipstick di Baewatch telah dipilih sebagai tiga produk terlaris di mana mereka juga laku keras.
Semasa memperkenalkan ketiga-tiga produk terlaris dari jenama tersebut, kita juga boleh mendapati mereka mempunyai ciri-ciri yang sama secara kebetulan. Selain mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ketiga-tiga produk ini juga adalah jenama paling panas dalam talian.
Maklum balas yang positif dan jujur terhadap produk tersebar secara digital dan menarik perhatian orang ramai dari segenap pelusuk yang lain seterusnya mengubah mereka menjadi pelanggan mereka yang sebenar. Selain dari kualiti produk, kita juga dapat melihat bahawa reputasi jenama ini sangat hebat dengan tersebarnya penyampaian maklumat dari mulut ke mulut yang lain.
Bagaimana untuk Mengharungi Cabaran Covid-19? Ia bergantung kepada Dalam Talian
Walaupun pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan telah mengehadkan pergerakan kita, ia tidak pernah mengehadkan Adline dan pasukannya untuk membawa produk dan perkhidmatan terbaik dalam memenuhi permintaan dan harapan para pelanggan.
Oleh sebab mereka dapat melihat hasilnya dari media sosial, pasukan Velvet Vanity berusaha keras untuk menjayakan pemasaran media sosial dengan mengadakan perbincangan secara dalaman setiap bulan. Dari proses penyusunan, pembuatan hingga penerbitan, pasukan mereka akan bertukar pandangan tentang semua kandungan digital untuk memastikan kandungannya selaras dengan rancangan pemasaran bulanan yang telah diatur sebelumnya.
Velvet Vanity telah berjaya melancarkan produk baru, minyak bibir, dari kategori produk yang baru. Walaupun terdapat wabak yang sedang melanda sekarang ini, minyak bibir ini tetap mendapat sambutan hangat dari pembeli sejak ia dilancarkan. Apakah jenis ramuan yang dapat meningkatkan keinginan berbelanja semasa pelancaran produk baru tersebut?
Hari Pelancaran, Permulaan Perang
Kali ini, berbanding memperluaskan tawarannya dengan menambahkan rangkaian produk yang ada, jenama ini memilih untuk melancarkan minyak bibir yang berbeza dari rangkaian produk sebelumnya.
Menghasilkan siaran media sosial mengenai produk baru secara berterusan bukanlah sebuah kerja yang mudah. Sebelum pelancaran produk, teaser bersiri akan ditayangkan sepertimana filem Hollywood mempromosikan filem baru mereka kepada penonton. Pemasaran digital adalah keutamaan untuk fokus pada fasa ini.
Kandungan siaran memainkan peranan penting untuk memacu keinginan masyarakat untuk menambah item ke dalam troli membeli-belah dalam talian mereka. Jenis produk, kemasan yang menarik, serta warna yang mempesonakan adalah antara ciri-ciri yang wajib ada sebagai daya penarik di dalam teaser.
Selain itu, titik harga atau tawaran yang baik adalah salah satu faktor utama untuk menarik para pelanggan membelinya pada hari pelancaran.
Pemasaran Berpengaruh banyak digunakan terutamanya di Instagram.
Melihat Ke Arah Pengaruh
Adakah mereka menghadapi sebarang cabaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan? Ya, mereka berjaya mengahrunginya. Pada masa lalu, jenama ini giat berkomunikasi dengan pelanggan di luar talian dengan mengatur kedai pop up yang bermusim.
Oleh sebab virus ini cepat tersebar di seluruh dunia, Velvet Vanity tidak dibenarkan memiliki kedai pop-up pada Hari Raya tahun ini.
Nasib baik, pasukan ini mendapat respon penglibatan yang besar dari Instagram yang berfungsi sebagai alat pemasaran utama dalam menyebarkan kandungan digital. Untuk membentuk komuniti jenama yang lebih kuat, mereka tidak hanya fokus dengan media sosial, pemasaran berpengaruh adalah pendekatan lain yang harus diterokai.
Menggunakan pemasaran berpengaruh membolehkan anda mengatasi cabaran jurang perhubungan. Ramai orang sering merasa negatif apabila pemasar dari jenama terus sahaja memperkenalkan produk mereka.
Bekerjasama dengan ikon berpengaruh di dalam talian akan meningkatkan jenama dan memberi lebih kesedaran kepada pelanggan berdasarkan dari apa yang didapati oleh pasukan mereka. Saranan dari mereka juga berfungsi sebagai bukti sosial kepada bakal pelanggan.
3 Alat Yang Sedia Ada di Kedai Dalam Talian
Alat pemasaran di EasyStore dapat menambahkan pelbagai jenis promosi seperti hadiah percuma, baucar, kredit ganjaran. Ia berfungsi dengan berkesan untuk mendorong lebih banyak penjualan, terutama pada produk mereka yang kurang mendapat sambutan.
Pemantau Penjualan menyumbang sebahagian besar dalam memantau jumlah penjualan perniagaan dengan analitik yang dinaik taraf di EasyStore. Setiap penjualan menentukan langkah seterusnya untuk jenama ini dalam membentuk strategi perniagaan mereka.
Kadang kala, pelanggan mereka lupa untuk pergi ke bahagian pembayaran setelah menambahkan produk ke dalam troli belanja mereka. Namun kita tidak perlu meluangkan masa untuk mengejar mereka. Cukup dengan menghidupkan mod pemulihan automatik troli yang ditinggalkan dengan peringatan pembayaran.
Sangat seronok dapat belajar sesuatu dari Adlina dan pasukannya yang sudi berkongsikan beberapa selok-belok jenama tersebut. Kejayaan adalah berbeza antara jenama, jadi jangan berputus asa jika anda pernah gagal sebelum ini. Ikuti pengalaman mereka dan gunakannya untuk kejayaan anda!
Laman web: https://www.velvetvanitycosmetics.com/
Instagram: https://www.instagram.com/shopvelvetvanity/
Twitter: https://twitter.com/velvetvanity_
Latest articles
-
Hantar Mesej Pukal kepada Pelanggan dengan Pusat Penyiaran (Broadcast Center)
By Max · 28th Nov, 2022
-
Maklumat Terkini Produk EasyStore: Oktober - Disember 2020
By Max · 27th Nov, 2022
-
Tahun 2022, WooCommerce berbanding EasyStore – Yang mana lebih bagus untuk perniagaan anda?
By Vincent Leong · 12th Feb, 2022
-
Mulakan Perniagaaan Atas Talian Bersertakan Penyelesaian eDagang Semua-Dalam-Satu Dengan Diskaun RM845!!
By Yavini Lucille · 5th Jan, 2022
-
5 Kunci Kejayaan Pendigitalan Perniagaan Kecil
By Yavini Lucille · 4th Jan, 2022
-
Dapatkan Lebih Dengan Discovery Ads
By Bintang Ahman Taufiq · 25th Nov, 2021