Bina Produk Anda Yang Disyorkan di Pasaran Dalam Talian

By Yavini Lucille · 4th March, 2020

Bina Produk Anda Yang Disyorkan di Pasaran Dalam Talian | EasyStore

Suatu perniagaan yang bereputasi pun menghadapi masalah ini selepas mencapai kejayaannya yang mana soalan mengenai pengekalan operasi perniagaan sentiasa hadir di minda para ahli perniagaan lelaki mahupun wanita. 

Ya, memperkembangkan suatu jenama yang berjaya bukanlah sesuatu perkarang yang mudah tetapi mengekalkan suatu jenama yang dipercayai sebenarnya lebih sukar untuk setiap perusahaan di pasaran. Antara kebanyakan strategi yang digunakan untuk meningkatkan jualan perniagaan dalam talian adalah dengan kenaikan jualan atau jualan silang. 

Satu soalan terbit di minda anda sekarang -- bagaimana produk saya disyorkan kepada pelanggan digital yang melawat ke kedai dalam talian saya? Ia tidak pernah sukar di EasyStore dengan menghantar pengalaman membeli-belah peribadi dengan ciri Produk yang Disyorkan.

Bagaimana Taktik Produk yang Disyorkan Memberi Manfaat kepada Kedai Dalam Talian?

Tingkatkan Kadar Penukaran

Kajian MyBuys terhadap lebih daripada 100 tertinggi bagi peruncit Internet menunjukkan yang mensyorkan sesuatu produk telah menyebabkan peningkatan sebanyak 915% dalam kadar penukaran. Dalam erti kata lain, peratusan sebanyak 915% yang pembeli-pembeli lebih cenderung untuk membeli produk yang disyorkan di laman sesawang oleh kerana produk-produk ini mempunyai bukti sosial daripada pihak ketiga yang tidak berat sebelah yang lain bersama dengan iklan-iklan yang ditapis.

Item-item yang disyorkan termasuklah item yang terdapat di sejarah semakan pembeli, produk yang berkaitan, penjual terbaik, yang dinilai tinggi, dan sebagainya. Disebabkan itu, perkara ini telah membuka jalan untuk peningkatan nilai purata setiap pesanan dan yang paling penting adalah peningkatan penjualan.

Tetapi sebelum itu, marilah kita lihat bagaimana ianya berfungsi di EasyStore!

Tingkatkan Kepuasan Pelanggan 

Meningkatkan penglibatan dengan para pelanggan sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan kandungan dinamik produk yang disyorkan. Ciri tersebut sebenarnya melakukan kerjanya dengan baik dalam meningkaktkan kepuasan para pelanggan dengan membekalkan pengalaman membeli-belah yang baik kepada mereka. Engin ciri ini akan mengambil kira cita rasa dan pilihan pelanggan dan kemudianya menghasilkan cadangan sesuai pada masa dan tempat yang betul.

Perkara ini membenarkan pelawat-pelawat laman sesawang anda untuk mencari apa yang mereka mahu. Selepas itu, ia akan menjana pengekalan pelanggan terhadap perniagaan anda.

Personalisasi

Menjemput pelawat-pelawat anda dengan cita rasa dan minat mereka sememangnya menghasilkan tanggapan yang memberangsangkan kepada jenama anda pada mulanya. Apabila para pelanggan anda disyorkan ke atas beberapa produk semasa pembelian mereka, mereka boleh selidik dengan lebih mendalam mengenai barisan produk tanpa perlu untuk melakukan carian berkali-kali. Ia membuatkan mereka berasa seperti diberi perhatian istimewa dan penuh. 

Akibatnya, ia membolehkan senarai produk anda yang disyorkan dipaparkan mengikut pilihan individu mereka. Ia merupakan strategi yang mudah untuk menarik perhatian dan mendapatkan kesetiaan pelanggan setelah anda meningkatkan servis keseluruhan laman web anda dan pastikannya bersesuaian mengikut pilihan pengguna.

Bagaimana Untuk Anda Maju Lebih Ke Hadapan? 

Pada hari ini, pengguna-pengguna meneroka dengan banyak kepelbagaian produk dan service yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Idea adalah terbaik, tetapi perlaksanaannya menentukan impak keseluruhan bagi membuatkannya berlainan daripada pesaing-pesaing yang lain.

Buka ciri-ciri dan fungsi, lancarkan jenama dalam talian anda sendiri untuk mula mengoptimumkan bagi lebih penukaran dalam langkah pelaksanaan yang terbaik.